BAHTERA BAHAGIA

Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, January 24, 2009

peluang mengerjakan umrah percuma 2009


LAMBAIAN KAABAH

MENERUSI SMART SAVING DAN DIJAMIN HALAL

ANDA LAYAK MENIKMATI

  • TIKET PERCUMA (BERNILAI RM 7 RIBU
  • BONUS LUMAYAN
  • PENGINAPAN PERCUMA
  • MAKAN DAN MINUM PERCUMA
  • TRAVEL AGENSI : TH TRAVEL MALAYSIA

SEKIRANYA ANDA MENGIMPIKAN SERTA MEMASANG NIAT UNTUK .........

  • menjadi tetamu Allah
  • bersantai dan bermunajat di Kaabah
  • menikmati wangian Taman Syurga dan Raudah ( satu-satunya taman syurga di dunia)
  • menziarahi Makam Rasullullah s.a.w serta memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak

REALISASIKAN IMPIAN ANDA BERSAMA KAMI


UMRAH 2009

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI


berminat sila hubungi

016-4748680 - Nadia

013 - 48488581 - Zura




Thursday, January 15, 2009

cabaran di tempat kerja baru....

hari ni kira mgu kedua kat sekolah. suasana mula dirasai...dulu nampak budak macam ok ja...la depa dah tunjuk belang..makin melapau dah.tak mau dengar kata..
arini masuk la kelas peralihan...depa dah mula tunjuk taring.terkinja-kinja, bising jgn kata la.yang geramnya sorang budak ni, kita dok ngajar kat depan,dia dok hingaq, bila tanya, dia dok cakap biadap dengan kita. melampau dah budak ni,dah la baru masuk 2 ari nak tunjuk belang nampak. sekali aku pun malas nak layan lantak la...makin buat tak tau makin melampau....marah gak...boleh dia kata kat kita "ada apa"..dah la tinggi sora ngan kita.jaga ang tak tau lagi gunung berapi ni nak meletup bila..sabar...sabar,....
malas nak layan dia, terus ja pantau budak2 len...bila selesai ja keja, minta depa antar kat depan..sambil kita dok chek buku...tetiba ketuk..satu bungkusan plastik biskut ngan dalam dia depa buh plak bola dari kertas hinggap ataih kepala..dah la dok bengang, bertambah bengang la...tanya memang tak mengaku...tak pa...bunyi ja loceng...terus ambik bungusan plastik tadi bawa pi tunjuk n cerita kat guru disiplin...apa lagi kena soal siasat la depa...dapat hukuman gak la...harap2 insaf la...

rasanya setakat ni ja dulu luahan perasaan untuk kali ni...macam tu la budak2 dan antara cabarang seorang guru.moga aku tetap tabah dalam menghadapi tugas dan cabaran seorang guru dalam mendidik anak murid...

Saturday, January 10, 2009

MARI SAMA-SAMA BOIKOT BARANGAN ISRAEL










Di sini adalah jenama barang yang mungkin kita guna n tak tau ianya penyumbang kepada askar-askar Israel...mungkin juga kita tak sedar dan tak sangka....di bawah adalah beberapa senarai jenama yang perlu kita boikot...jangan beli n jangan guna...selamatkan bumi Palestin..Allahuakhbar!!!

1. Coca-cola
2. Huggies
3. River Island
4. Mcdonald
5. Clinique
6. Disney
7. Donna
8. Starbucks
9. Garnier
10.Perrier
11.Kotex
12.Sanex
13.Jo malone
14.Libbys
15.Tchibo
16Loreal
17.Marks and Spencer
18.Kleenex
19.Maybelline
20.Nestle
21. VittelRevlon
22.Wonderbra
Thats a list of brands we have found out donate money toisrael army. we need to stop buying from them in order to cripple the israel economy.
nampak macam benda kecil n mudah ja kan...tapi ingatlah...ianya permulaan semuanya..








Friday, January 9, 2009

KEK LAPIS PANDAN KAYA

Bahan2 kek span (adunan 9")
250gm tepung sponge mix
4 biji telur
50 ml air daun pandan
80 gm mentega cair/minyak
pewarna hijau

cara2
1. campurkan semua bahan kecuali mentega cair
2. pukul hingga adunan menjadi ringan dan gebu, masukkan mentega cair. kacau hingga sebati, tuang ke dlm acuan yang telah disapu dengan mentega
3. bakar hingga masak, setelah itu belah duabahagian..


Kek Span
160gm gula castor
15gm ovellette
5 biji telur
125gm tepung gandum
1 sudu baking powder
40ml air daun pandan
75gm mentega cair /minyak
pewarna hijau

Kaya
1 cawan gula
5 biji telur
1 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk agar2
secubit garam
pewarna hijau
- campur semua bahan di atas api hingga pekat.

1. campurkan semua bahan kecuali mentega cair...pukul ringgan hingga gebu.
2. masukkan mentega cair kacau sebati
3. tuang ke dalam acuan yang telah disapu mentega
4. bakar hingga masak dan selepas itu dibelah dua.

chocolate cream
30gm cocoa powder
120gm air
250g susu cair ideal
160g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla
2 biji telur (merah saja)
40g tepung jagung
40g butter - masukkan last selepas two boiler..

SELAMAT MENCUBA

Monday, January 5, 2009

ni kenangan masa di SMK St Xavier

ni masa sukan sekolah kat stadium bandaraya penang..aku umah kuning. bleh tahan oooo....no 2 la....tererr ooo....
antara barisan guru dan pengawas sekolah


bilik guru yang lama...sekarang dah cantik dah....tapi kenangan masa dok kerusi kayu memang best...rasanya sekolah lain tak dak macam ni..


bangunan kelas

taman tempat bersantai, cantik tak....

Saturday, January 3, 2009

tahun baru 2009

selamat tahun baru 2009...
tahun ni begitu bermakna sekali bagi diriku...bukan apa memang teramat gembira sekali... dah dapat tukar sekolah da...dapat smk Berapit, B.mertajam..kalau ikut tu jauh la..apa pun syukur dah dapat seberang ni..tak payah la dok bangun awal pagi..berebut kejan Feri..n save skit budget.

mulanya member (masliana) satu sekolah tepon bagitau dia dah dapat tukar ke High School Bm.sediah gak rasa...member dah dapat tukar...nampaknya diri ni masih dok St Xavier la...nak tepon tanya JPN rasa mcm dah tipis...bukan apa dah banyak kali naik turun JPN...asyik kena ceramah ja...sampai boring dah...petang rabu 31/12/08 saja la try tpon JPN, tanya keputusan tukar...alhamdulillah tak sia2 selama ni dok naik turun JPNPP....Pegawai JPN bagitau dapat SMK Berapit...dalam hati kat mana la sek ni...tak pa la mana2 pun yang pasti dah dapat balik seberang...SELAMAT TINGGAL sT XAVIER....

Pagi Jumaat 2/1/09 sepatutnya aku ke hadiri mensyuarat pertama kat sek St Xavier...tapi kami pakat 3 orang ( MAsliana, Husna ngan zalilah ) nak p JPN dulu ambik surat tukar...lepas tu baru p sekolah...

sampai JPN, kami trus p ambik surat dan diberitahu, surat tukar mungkin sek lama n baru tak tau lagi....mampus dah kami.....jam dah pukul 9pagi..risau pengetua kata kami ponteng meeting lak...tapi ramai2 nak kena tak malu sangat..hehehee

memang seperti dijangka,sampai sekolah memang nama kami dah ditanya oleh PK 1 pasai pa mai lambat. dengan bangganya kami bagi tau dapat tukar...yahoooo...selamat tinggal st xavier. lepas ja selesai kerja kat sek lama....kami trus ke sek baru...aku ke SMK Berapit untuk melapor diri..ok gak nampak sek tu...nampak mcm majoriti cina ja...tak kisah la...

lepas lapor diri ngan pengetua,jumpa lak penyelia petang.rupanya kena ajar Form 1 & 2. ngajar petang lak....selesai semua trus balik umah...rasa berbunga-bunga dapat tukar dah...gembira teramat...Alhamdulillah...

assalamualaikum....

ni adalah cubaan pertama dalam membuat blog sendiri...asyik dok tgk blog orang ja...tingin gak buat blog sendiri...hehehehe....